Alur bertempuh, jalan berturut. | Dilakukan menurut adat yang biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke mana condong, ke mana rebah. | Sudah dilakukan menurut adat yang biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong. | Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut. | Hendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang yang selancaran alu, atap yang berjahit, bendul bertekan. | Perkauman yang dekat menurut adat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tumbuh pada alur sudah diturut; tumbuh pada jalan sudah ditempuh. | Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat. | Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat diisi, lembaga dituang. | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |