Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.rut.kan] | منوروتکن

Definisi : 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak menegahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ pertimbangan yg adil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.rut.kan] | منوروتکن

Definisi : mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Turutkan rasa binasa,
     turutkan hati mati.

Bermaksud :

Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerana mata buta, kerana hati mati.Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati.Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang.Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas