Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,

Puisi
 

Encik Mat Tahir pengasuhnya,
     Muara peti pandai menyala;
Ambillah air buat pembasuhnya,
     Hiduplah api menyala-nyala.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Bermaksud :

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Padam menyala tarik puntung.Di mana mati, di situlah ditanam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga terbakar muka menyala.Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya.Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selembab-lembab (= selemau-lemau) puntung di dapur, ditiup menyala juga.Sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh lambat-laun berhasil juga. lemau = lembab, lembut atau lemah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas