Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la/] | مڽالق

Definisi : 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,

Puisi
 

Anjinglah asap asap berbuku,
     Anjing menyalak di pintu kota;
Lagi tak dapat lagi berguru,
     Hendaklah sapu arang di muka.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.

Bermaksud :

Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.Bercakap besar di belakang-belakang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membebek kambing lari ke hutan, menyalak anjing lari ke kota.Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas