Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyamai

Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan,
     lipas di dinding timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air.Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.Orang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas