Dalam menyelam, cetek bertimba. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai menyelam air dangkal. | Pandai membawa diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil menyelam minum air. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah menyelam lautan yang dalam-dalam. | Banyak pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kapak menyelam beliung. | Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. | Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak akan terlawan buaya menyelam. | Orang bodoh tak dapat melawan orang pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkayuh sambil bertimba. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |