Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.nang.kan] | مڽنڠکن

Definisi : 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.nang.kan] | مڽنڠکن

Definisi : 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Ke­putusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyenangkan

Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai duri dalam daging.Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati semut kerana gula (= manisan).Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat tua menahan ragam.Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. sahaya = hamba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas