| Mendukung biawak hidup. | Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri; mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memelihara gajah putih. | Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada sakit makan ubat. | Menyusahkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah. | Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jelatang di hulu air. | Perkara yang selalu menyusahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dihujani kering, dijemur basah. | Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Upah bidan pun tak terbayar. | Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau boros lekas kerugian. | Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. | Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menolong orang (= kerbau) ditangkap harimau. | Menolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya menyusahkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |