Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. | Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah masak merah belum tentu manis rasanya. | Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila 'dah merah: kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit. | Apabila telah berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka satu sama lain salah menyalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat. | Sudah sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar merah di dalam pahit. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinang tua merah ekor. | Perempuan yang sudah berumur, tetapi kelakuannya masih seperti gadis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. | Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya. | Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit. | Mulut manis hati busuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikati sama berat, diuji sama merah. | Pangkat atau kedudukan yang sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |