Lunak gigi daripada lidah. | Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular menyusur akar. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara jatuh ke limbahan adakah hilang cahayanya? | Merendahkan diri tetapi tidak hilang derajatnya (darjatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. | Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua telur ayam. | Hanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar. | Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila meminta: lembut gigi daripada lidah. | Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi. | Orang yang berilmu selalu merendahkan diri, sedangkan orang yang bodoh apabila beroleh sedikit kelebihan bertambah sombonglah ia. (Bandingkan dengan: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |