Menjerat leher sendiri. | Membuat pekerjaan yang merugikan (membinasakan) diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gajah putih ditambat. | Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekam menjadi hampa berat. | Tiada akan merugikan sedikit juga, jika daripada yang banyak itu hilang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cerdik bagai ekor kerbau. | Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggedangkan anak harimau. | Memelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertumpang di biduk tiris. | Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela. | Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. mua = melampau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. | Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke mana dialih, lesung berdedak juga. | Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak. | Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |