Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meskipun (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguhpun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun, mahupun, walakin, embuh-embuhan.,

Puisi
 

Ribu-ribu ditanggung angit,
     Jatuh mari di atas batu;
Meskipun seribu bintang di langit,
     Tidak menyama adik yang satu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(32)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil-kecil cili Melaka.Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil-kecil cabai rawit.Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil-kecil anak harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil-kecil anak harimau.Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada patah yang tak tempang.Meskipun telah berdamai tetapi masih belum baik juga pada hatinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh di mata, dekat di hati.Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tua-tua kelapa, makin tua berminyak.Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasi tersenduk tidak termakan.Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada telap oleh asai.Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas