Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil cili Melaka. | Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil cabai rawit. | Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil-kecil anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil anak harimau. | Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada patah yang tak tempang. | Meskipun telah berdamai tetapi masih belum baik juga pada hatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh di mata, dekat di hati. | Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan. | Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua kelapa, makin tua berminyak. | Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi tersenduk tidak termakan. | Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada telap oleh asai. | Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |