Agak-agak bertutur malam hari. | Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau menanduk, kerbau pergi. | Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi kerana ada yang rendah. | Tiap-tiap suatu mesti ada yang berlawanan untuk dapat dibezakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidaklah telaga mendapatkan timba. | Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. | Janji mesti ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tuman makan anak. | Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = sebangsa ikan sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada elok yang tak buruk. | Janganlah bebas menceritakan rahsia diri sendiri kepada orang, kerana selama baik mesti akan datang waktu bermusuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bajak wangkang makan diangkat. | Orang yang gemar dipuji. bajak = perompak; wangkang = perahu besar; bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang. | Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah. | Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |