Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.li/] | ميليق

Definisi : 1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung; memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang; termilik menjadi milik; milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal saham; pemilikan perihal memiliki: ~ tanah; pemilik yg empunya, tuan punya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.li/] | ميليق

Definisi : kepunyaan; hak: Semua harta ini ~ nenek saya. ~ negara kepunyaan negara. memiliki 1 mempunyai: Ia ~ sebuah kereta Proton Saga. 2 mengambil sesuatu dan dijadikan milik. pemilikan perihal memiliki: Kerajaan mengharapkan ~ modal sebanyak 30% oleh kaum bumiputera dlm sektor perniagaan. pemilik tuan punya; yg empunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,

Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ternak bergembala, parak berpagar.Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpelanting memilihi, terserak mengampungkan.Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja.Sesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak.Kelebihan atau kepandaian itu menjadi milik orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang.Menyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buntar dikeping, suarang diagih.Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas