Minum cuka pagi hari. | Bermuka masam sepanjang hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minum air terasa duri, santap nasi terasa lilin. | Sangat bersusah hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil menyelam minum air. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas. | Hidup dalam kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makan bersabitkan. | Mendapat makan dan minum tanpa bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumur (di)tepi jalan, siapa haus boleh minum. | Perempuan lacur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam orang biduk. | Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air diminum sembiluan. | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul. | Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |