| Yang rebah ditindih. | Yang sudah miskin bertambah miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bukit jadi paya, paya jadi bukit. | Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk. | Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya. | Kepintaran itu melebihi kekayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai galah dijual. | Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapur tidak berasap. | Terlalu miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti sampah hanyut. | Orang miskin yang hidup melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pacat hendak menjadi ular. | Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |