Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata miskin;

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(89)

352

Give him an inch and he will take a yard

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give him an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Yang rebah ditindih.Yang sudah miskin bertambah miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukit jadi paya, paya jadi bukit.Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.Kepintaran itu melebihi kekayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai galah dijual.Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapur tidak berasap.Terlalu miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sampah hanyut.Orang miskin yang hidup melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pacat hendak menjadi ular.Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456789

Kembali ke atas