Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : /monyét/ sj binatang yg hampir sama dgn kera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
monyet (kata nama)
Bersinonim dengan kera, beruk, mawas, cimpanzi, babun, gorila, orang utan, siamang, ungka, lotong, kekah, kelabat, awan, kawa, wak-wak, ketek, kunyuk.,

Puisi
 

Jika hujan berderai-derai,
     Turun monyet naik lembiding;
Tiga hari lama bercerai,
     Sobok-sobokkan sebelah dinding.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui,
     anak sendiri di rumah kekeringan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kera (= monyet) kena belacan.Sangat gelisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kera menjadi monyet.Tiada bezanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjual pisang kepada monyet.Berjual dengan memberi hutang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan memberi bunga kepada monyet.Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi bunga kepada kera (monyet).Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantas seperti tangan beruk (= monyet).Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).Perempuan yang hamil sebelum kahwin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kera diberi kaca.Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kera dapat bunga.Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kera diberi kaca). (Bandingkan dengan: a. Memberi bunga kepada kera [monyet]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas