| Putus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan. | Tidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akal akar berpulas tak patah. | Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |