| Muka licin, ekor berkedal. | Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga. | Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Muka berconteng arang. | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Muka bagai ditampal dengan kulit babi. | Tiada tahu malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buruk muka cermin dibelah. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membasuh muka dengan air liur. | Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tarik muka dua belas. | Kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Datang nampak muka, pergi nampak belakang. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telinga terbakar muka menyala. | Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tebal kulit muka. | Orang yang tidak tahu malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |