Habis beralur maka beralu-alu. | Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera menegurkan tahinya. | Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jejaknya keruh. | Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok. | Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak dihambat akar, dihambat dahan. | Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai. | Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas. | Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |