Talam dua muka. | Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sekelat muka dua. | Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular berkepala dua. | Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari. | Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Talam dua muka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekerat ular, sekerat belut. | Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira. | Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |