Murah di mulut, mahal di timbangan. | Banyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi murah, lagi ditawar. | Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makin murah, makin menawar. | Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi murah, lagi ditawar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua. | Sudah terlambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gigi tanggal, rawan murah. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Agih-agih kungkang. | Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertanak di kuali. | Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengah tulang punggung (= bubungan). | Mahal tidak, murah pun tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |