Agih-agih kungkang. | Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertanak di kuali. | Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. | Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk. | Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai. | Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |