Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.li.hat] | مصليحت

Definisi : Ar 1. daya upaya, ikhtiar: apakah ~ agar kesatuan itu benar-benar boleh me-wakili pelajar Melayu seluruhnya; 2. = tipu ~ tipu daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; beliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~ am; ~ perang siasat perang, taktik perang; bermuslihat mempunyai muslihat: negara itu mencapai matlamatnya dgn ~ dlm hal ehwal negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.li.hat] | مصليحت

Definisi : 1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muslihat

Peribahasa

Jerat halus kelindan sutera.

Bermaksud :

Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lurus-lurus sumpitan.Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jerat halus kelindan sutera.Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jarum halus kelindan sutera.Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurus sumpitan hendak mengena.Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Lurus-lurus sumpitan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuat titian berakuk.Memperkenakan tipu muslihat untuk mencelakakan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tipu Aceh, gurindam Barus.Tipu muslihat untuk mencapai kemenangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpasang jerat halus.Terkena tipu muslihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bungkuk (bongkok) kali hendak mengena (= mendapat).Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia.Muslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan atau kemuliaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas