Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati; memustahilkan menganggap mustahil, meng­anggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tidak mungkin, tidak boleh jadi, tidak masuk akal, tidak munasabah, bukan-bukan, tidak-tidak, ganjil-ganjil, tidak beralasan, muhal, lengkara;,

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berdengking si tua memekik,
     mustahil akan menggigit jema.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mustahil tak berluluk mengambil cekarau.Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan.Jangan percaya akan sesuatu yang kita belum tahu dengan sahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langkas buah papaya.Suatu perkara yang mustahil. langkas = luruh kerana terlampau masak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencari penjahit dalam rumput.Pekerjaan yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ara tak bergetah.Suatu perkara yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di manakah berteras kayu mahang.Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bila pula biawak duduk?Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bercintakan geliga di mulut naga.Mengharapkan sesuatu yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gila di abun-abun.Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil. abun-abun = angan-angan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas