Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut. | Ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara terkalung ke leher babi. | Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara jatuh ke limbahan adakah hilang cahayanya? | Merendahkan diri tetapi tidak hilang derajatnya (darjatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang. | Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. | Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut datang memunggah mutiara. | Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut. | Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |