Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naga

Puisi
 

Kalau begini naga-naganya,
     Kayulah hidup dimakan api;
Kalau begini rasa-rasanya,
     Dari hidup baiklah mati.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Seekor cacing menelan naga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Naga ditelan ular lidi.Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor cacing menelan naga.Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cacing menelan naga.Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cacing menjadi ular naga.Orang hina menjadi orang mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cacing hendak menjadi naga.Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bercintakan geliga di mulut naga.Mengharapkan sesuatu yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bulan dimakan rahu.Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cemperling nak jadi bayu.Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cacing hendak menjadi naga). bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas