| Naga ditelan ular lidi. | Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor cacing menelan naga. | Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cacing menelan naga. | Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cacing menjadi ular naga. | Orang hina menjadi orang mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cacing hendak menjadi naga. | Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bercintakan geliga di mulut naga. | Mengharapkan sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti bulan dimakan rahu. | Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cemperling nak jadi bayu. | Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cacing hendak menjadi naga). bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |