| Bulan naik matahari naik. | Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sirih naik, junjungan naik. | Mendapat untung dan bahagia silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik tak bertangga, turun tak berpintu. | Melakukan sesuatu perbuatan yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik melompat, turun terjun. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik dari janjang, turun dari tangga. | Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. janjang = jenjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik basuh kaki saja. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak payah basuh kaki tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berjanjang naik, bertangga turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik seperti semut, turun seperti ribut. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kaduk naik junjung. | Orang hina merasa dirinya mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kaki naik, kepala turun. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |