Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang. | Hendak laba, langsung jadi rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar. | Dalam keadaan yang serba salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai. | Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cemperling nak jadi bayu. | Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cacing hendak menjadi naga). bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi. | Sesuatu yang mustahil dilakukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nak tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya, nak tahukan baik orang tanyakan kepada sahabatnya. | Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |