Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep hendak: apa ~ dimakan semua ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nak I

Puisi
 

Elok manis padang saujana,
     Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya,
Adakah mahu abang nak mintak?


Lihat selanjutnya...(384)
Peribahasa

Nak kaya berdikit-dikit,
     nak ramai bertabur urai.

Bermaksud :

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar.Dalam keadaan yang serba salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya, nak tahukan baik orang tanyakan kepada sahabatnya.Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang.Hendak laba, langsung jadi rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cemperling nak jadi bayu.Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cacing hendak menjadi naga). bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit.Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi.Sesuatu yang mustahil dilakukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bembam bukan terung.Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas