Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap. | Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk satu nakhoda dua. | Perempuan yang menduakan suami; suatu pekerjaan dua kepalanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai. | Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kapal satu nakhoda dua. | Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perahu satu nakhoda dua. | Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pelesit dua sejinjang. | Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Perahu satu nakhoda dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |