Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)

643

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Ular berlingkar di gulungan tikar

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan ular berlingkar di gulungan tikar. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nampak kulitnya tahulah isinya.Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nampak gabak di hulu.Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang nampak muka, pergi nampak belakang.Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Campak baju nampak kurap.Mendedahkan keburukan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar.Tiada mahu mendengar nasihat orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang sepuh nampak senam.Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas