Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nan] | نن

Definisi : Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk me­­lengkapkan (menggenapkan) baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala dahulu .... (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nan

Puisi
 

Telah masak rambai nan manis,
     Tidak boleh nan muda lagi;
Telah bengkak mata menangis,
     Emak tak dapat bersua lagi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk.Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan lurah (= rendah) juga diturut air.Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah.Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan digalikan dalam, nan digantungkan tinggi.Sesuatu perkara yang sudah ada keputusannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan jauh tak terjelang, nan dekat tak tertandangi.Sudah terlalu uzur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan jauh telah berjemput, nan hampir telah tiba.Tentang jemputan (undangan) yang sudah sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas.Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut.Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas