Bagai nangka masak menyesak sarungnya. | Rupa seseorang yang tambun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai nangka masak gugur. | Jatuhnya orang yang gemuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ulat nangka terhempas ke batu. | Tidak serik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa makan nangka, maka kena getahnya. | Siapa yang bersalah, harus dihukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah. | Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Bandingkan dengan: Seorang makan cempedak [= nangka], semua kena getahnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya. | Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada. | Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan cempedak berbau nangka. | Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tanam cempedak, tumbuh nangka. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggeletik-geletik bagai ulat nangka (= cempedak). | Sangat gelisah. geletik = meronta-ronta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |