Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat.Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Geruh menempuh dalam tubuh.Nasib buruk yang mempengaruhi diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan digulai sudah melompat.Nasib yang malang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Janjian antah tidak ceruh.Nasib yang malang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau bertunas diganggut kambing.Nasib yang malang. ganggut = ragut, renggut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuak terbeli, tunjang hilang.Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung sebagai roda pedati.Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bayan di tangan habis terlepas.Nasib yang malang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas