Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sem­bah­yang; 2. mengesyorkan kpd, meng­anjur­kan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan me­minum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi na­sihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg na­sihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe­­-na­sihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesi­onal tentang hal-hal pelaburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasihat.

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai mestika embun.

Bermaksud :

Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkering air liur.Nasihat yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mestika embun.Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Didengar ada, dipakai tidak.Nasihat yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun keladi dimandikan.Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Garam jatuh di air.Nasihat yang diterima dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berunding dengan tunggul (= tungkahan).Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mengatai tunggak (= tunggul).Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menelan mestika embun.Mendengar nasihat yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menampalkan kersik ke buluh.Memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya. (Bandingkan dengan: Melekatkan kersik ke buluh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuat tergigit (= tercabut) lidah.Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas