Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang yang puru gatal tubuhnya, nescaya menggaru juga kerjanya. | Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati yang suka peringan beban. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhakim kepada beruk. | Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. | Jangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati yang ringan meringankan beban yang berat. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan salah serudinya. | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |