Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan. | Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial). | Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ucap habis niat sampai. | Hasil yang diperoleh dengan segera. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makin banyak orang, makin banyak niat. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti embun di atas daun. | Niat yang selalu berubah-ubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angin bersiru, kami tahu. | Sudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk. | Niat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |