Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasang pelita dilanggar tikus. | Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melabuh-labuh bagai buntal ditiup. | Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka. | Gembira oleh kerana mendengar pujian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terdorong gajah kerana besarnya. | Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa. | Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. | Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar diambak, tinggi dianjung. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam sambal oleh belacan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |