Nasi basi penolak nafsu. | Putus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera. | Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |