| Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ombak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan). | Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ombak membanting sendirinya. | Marah yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ombak purus. | Suara riuh-rendah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ombak membanting diri. | Berkeluh-kesah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angin berputar, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angin bersiru, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menguap-nguap bagai orang ombak. | Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Menguap-nguap bagai ikan kekeringan). orang ombak = orang hampir mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Silih berganti bagai ombak di tepi pantai. | Kehidupan yang tiada tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti beting dipalu ombak. | Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |