| Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecil anak besar onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisang mas di luar, onak di dalamnya. | Mulut manis yang berisi tipu muslihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Termasuk ke dalam belukar onak. | Terlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak. | Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut manis, hati berkait. | Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |