Teras terunjam, gubal melayang. | Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas. | Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang. | Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak. | Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya. | Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |