| Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bergelanggang di mata orang banyak. | Terang atau nyata sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Padi selumbung dimakan orang banyak. | Fikiran isteri daripada seorang suami yang beristeri dua tiga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bondong air bondong ikan. | Orang banyak yang menurut arahan pemimpinnya. bondong = kelompok, tompok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencencang lauk tengah halat. | Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak. halat = perjamuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang adat tegal muafakat. | Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak. | Kelebihan atau kepandaian itu menjadi milik orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam memegang tali layang-layang. | Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |