Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Asap api jauh ke darat,
     Tempat orang menganyam kulit;
Hina besi kerana karat,
     Hina dagang tidak berduit.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Anjing ditepuk menjungkit ekor.

Bermaksud :

Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kaduk naik junjung.Orang hina merasa dirinya mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing ditepuk menjungkit ekor.Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cacing menjadi ular naga.Orang hina menjadi orang mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit meminang anak enggang.Orang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas.Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati enau tinggal di rimba.Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belalang hendak menjadi elang.Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam tak patuk, itik tak sudu.Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas