Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rang­kaya panggilan kpd isteri orang yg ber­pangkat atau yg patut dihormati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti pipit menelan jagung.Hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggali paya menimbun bukit.Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untut bertambah kulitnya.Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam kikir besi.Orang kaya yang bakhil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati, tulang setimbun.Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678

Kembali ke atas