Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat sepit kerana kempa.

Bermaksud :

Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. kempa = apitan.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat sepit kerana kempa.Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. kempa = apitan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati dicatuk katak.Orang kuat dialahkan oleh orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Gajah mati dicatuk katak). catuk = patuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai besi dengan penempa.Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat.Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat.Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau bertanduk, rotan beronak.Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas